Si Dia Rasa Kamu Sangat Hot Kalau Pakai Ini Untuk Tidur
Kadang-kala, kamu tak perlu berusaha keras untuk menjadi seksi di mata si dia, cukuplah kamu menjadi diri kamu sendiri dan memakai pakaian yang selesa tetapi seksi baginya.
Tak susah pun, kamu cuma perlu tanya atau memerhati tindak-tanduk si dia apabila kamu memakai beberapa jenis pakaian. Adakah reaksi si dia lain daripada lain atau sama? Jika kamu tidak tahu untuk memakai apa, ini adalah beberapa pakaian yang si dia suka lihat kamu memakainya.
Oversized T-shirt
Memakai oversized t-shirt ini tidak akan menunjukkan kamu seorang yang try hard untuk kelihatan seksi. Selain menyelesakan, oversized t-shirt ini juga membuatkan si dia rasakan kamu cukup seksi.
Flannel Pjs
Flannel pjs ini sangat besar dan sangat selesa. Pakaian ini sememangnya menutup badan secara keseluruhan yang membuatkan ia kelihatan misteri dan menggoda.
Legging
Walaupun dianggap biasa, tetapi apabila kamu memakai legging ia akan menampakkan susuk tubuh kamu yang sangat seksi yang membuatkan si dia berimaginasi.
Booty Short
Tak perlu untuk menunjukkan pinggul anda kerana booty short ini membuatkan pinggul anda kelihatan seksi. Selain itu, si dia juga menyukai booty short yang mempunyai prints yang comel di mana ia menunjukkan kamu seolah-olah wanita yang innocent dan girly!
Panties
Kalau kamu nak lakukan sesuatu yang extreme, kamu juga boleh cuba memakai panties sahaja ketika hendak tidur. Secara tidak langsung ia menghidupkan suasana romatis antara kamu dengan si dia.
Kemeja
Tak dinafikan jika kamu sering memakai kemeja si dia, ia akan memberikan kamu kelihatan extra hot apabila hanya membutangkan beberapa butang sahaja dan melipat pergelangan tangan tanpa memakai seluar.
Tak perlu keluarkan kos yang banyak pun kalau nak buat si dia tergoda dengan kamu. Hanya gunakan pakaian yang sedia ada dalam almari sahaja kamu boleh kelihatan sangat seksi di matanya. Selamat mencuba!- WN
Hubungan sulit si isteri akhirnya terbongkar