Perluas larangan jual arak ke Perak

IPOH – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh menggesa larangan penjualan arak di premis kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina yang bakal dikuat kuasa pada Oktober 2021 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperluaskan ke Perak.

Ketuanya, Muhammad Nurfadzli Anuar berkata, langkah menguatkuasakan larangan itu disifatkan sebagai tindakan wajar yang pasti mendapat sokongan majoriti rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan Perak harus berani melaksanakan larangan tersebut sebagai usaha membendung mudarat yang disebabkan oleh pengambilan arak sehingga menyebabkan kehilangan banyak nyawa.

“Seiring dengan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada awal Jun 2020 yang memberi jaminan bahawa negeri ini juga akan melaksanakan kajian semula terhadap polisi dan dasar penjualan arak di negara ini, larangan penjualan minuman keras tersebut antara yang perlu dipertimbangkan.

“Kajian ini haruslah disegerakan dan diharap wakil rakyat Islam serta bukan Islam yang cenderung kepada budaya murni untuk bersepakat mendesak kepada pembaharuan polisi yang lebih ketat serta dapat melindungi rakyat daripada mudarat yang diakibatkan oleh arak, sama ada kepada peminumnya sendiri atau masyarakat sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DBKL larang jual minuman keras di kedai runcit & serbaneka mulai Oktober 2021

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Nurfadzli berkata, masyarakat Islam sangat mengharapkan wakil Pas yang berperanan membawa agenda Islam di dalam kerajaan dapat menangani isu penjualan arak ini dengan lebih berkesan.

Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 muktamad.

Pada 3 Jun lalu, kerajaan Perak menyatakan kesediaan untuk membuat kajian semula terhadap polisi dan dasar penjualan serta penggunaan arak di negeri ini berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Ahmad Faizal menerusi kenyataannya berkata, kajian itu termasuklah melihat kepada keperluan untuk membekukan sementara permohonan lesen baharu penjualan arak atau mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dengan kerjasama polis.

DAP kumpul bantahan larang jual minuman keras, DBKL diseru jangan gentar!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker