Pelantikan ADUN tanpa pilihan raya bukan perkara baharu

SHAH ALAM – Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa pilihan raya bukanlah perkara baharu di Malaysia kerana dua negeri sudah melaksanakannya iaitu Sabah dan Terengganu.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, bagaimanapun, pelantikan tersebut mempunyai had-had tertentu termasuk tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar.

Beliau sehubungan itu berkata, tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang supaya lima ADUN boleh dilantik tanpa melalui pilihan raya bukanlah masalah besar.

“Saya belum melihat draf pindaan tersebut, pastinya ada had-had tertentu mengenai kuasa mereka. Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang baharu.

“Tujuan pelantikan itu juga munasabah. Pertambahan ADUN yang dilantik akan mampu mengurangkan kadar nisbah seorang ADUN dengan jumlah penduduk kerana Pahang negeri besar.

“Ia juga saling melengkapi dan bukan pertindihan kepada perkhidmatan ADUN sedia ada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Lantikan politik PH harus letak jawatan

Nik Ahmad Kamal bagaimanapun, tidak pasti sama ada Perlembagaan yang akan dipinda kerajaan Pahang nanti akan sama dengan Sabah atau Terengganu.

“Cuma saya melihat Perlembagaan negeri Sabah tidak menyatakan dengan jelas bahawa ADUN yang dilantik tidak boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Namun dari segi amalan, saya rasa ADUN lantikan akan dilantik selepas lantikan Ketua Menteri sebab selepas pilihan raya, Ketua Menteri akan dilantik dahulu. Selepas itu, akan diadakan angkat sumpah ADUN dan diikuti lantikan ADUN lain,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi peruntukan yang perlu dilihat ialah Perkara 71 dan dibaca jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Bahagian II jadual lapan ada menyebut boleh ada ADUN yang dilantik. Peruntukan jadual kelapan diwajibkan wujud dalam setiap perlembagaan negeri. Seksyen empat jadual kelapan juga menyebutkan DUN hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli dipilih.

“Namun, tidak disebut DUN tidak boleh ada ahli yang dilantik. Jadi kalau di Sabah dan Terengganu, boleh ada ADUN yang dilantik dan tidak dipersoalkan oleh Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, isu DUN lantikan sebenarnya tidak timbul kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya.

Lantikan PH di universiti mesti diputuskan demi kelangsungan PN

INFO ADUN LANTIKAN

SABAH

Terkandung dalam undang-undang negeri

Peruntukan dinyatakan dalam Perkara 14c

Membenarkan enam ADUN dilantik

Awalnya ADUN dilantik dalam kalangan penjawat awam kanan

Dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri

TERENGGANU

Pindaan undang-undang negeri

Peruntukan dinyatakan dalam Perkara 27, Fasal 2

Diluluskan pada tahun 2003 ketika Pas memerintah

Membenarkan empat ADUN dilantik

Dalam kalangan wanita dan wakil bukan Islam

PH yang janji tak akan ada lantikan politik bukan PN – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker