Mahkamah bebaskan doktor dari tuduhan mencabul dan melakukan kelucahan melampau pada pesakit
Seorang pegawai perubatan dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mencabul dan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pesakit wanita yang diperiksanya kerana masalah kegatalan kulit, lima tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 36 tahun itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Jerantut yang mensabit dan menghukumnya bagi kedua-dua pertuduhan.
Pertuduhan pertama, pegawai perubatan itu didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika itu berusia 20 tahun dengan niat untuk mengaibkannya manakala pertuduhan kedua melakukan kelucahan melampau terhadap gadis yang sama.
Kedua-dua perbuatan didakwa dilakukan kira-kira pukul 3.20 petang, 6 September 2019 di bilik rawatan sebuah klinik kesihatan di Jerantut.
Tuduhan pertama, Majistret Muhammad Najib Ismail menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun manakala pertuduhan kedua, hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh keputusan pada 9 Jun 2023. Kedua-dua hukuman berkuat kuasa serentak.
Mahkamah Tinggi membenarkan rayuannya setelah berpuas hati, sabitan itu tidak selamat untuk dikekalkan kerana keterangan mangsa tidak disokong oleh keterangan saksi lain yang boleh mengesahkan fakta sebenar yang berlaku di antara pegawai perubatan itu dan pesakitnya.
Hakim Roslan Mat Nor berpendirian, keterangan saksi-saksi lain adalah berpunca daripada keterangan mangsa, bukannya daripada keterangan bebas.
Ujar hakim berkenaan, naratif kejadian yang melibatkan mangsa dan pegawai perubatan yang memeriksanya tidak meyakinkan untuk dijadikan asas terhadap sabitan di bawah kedua-dua pertuduhan.
Perayu dalam pembelaannya menyatakan tidak mengingati pernah merawat mangsa kerana tiada kad rawatannya dikemukakan serta menafikan setiap perlakuan yang didakwa termasuk menggunakan kondom untuk merawat pesakitnya.
Hakim Roslan selanjutnya berpendapat, majistret berkenaan gagal mengambil kira keterangan berhubung tempat kejadian dan kewujudan individu-individu lain di situ serta kewajaran ia berlaku berdasarkan keadaan ketika itu.
“Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah tiada keterangan daripada pegawai perubatan yang menyelia perayu untuk mengesahkan prosedur rawatan apabila ia melibatkan pesakit wanita dan pegawai perubatan lelaki.
“Tiada keterangan mengenai prosedur klinikal dan tatacara rawatan yang sepatutnya diberikan perayu kepada mangsa bagi menyokong dakwaa bahawa tindakan yang dikatakan dilakukan itu melampaui batas prosedur rawatan.
“Ketiadaan keterangan itu menyebabkan mahkamah ini tidak boleh membuat kesimpulan bahawa tindakan perayu terhadap mangsa dikategorikan sebagai melampaui prosedur rawatan dan prosedur klinikal yang membolehkannya didakwa atas pertuduhan tersebut,” ujar beliau dalam alasan penghakiman bertarikh 29 Mei lalu yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah. –
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mari kita lihat siapa yang kena
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]