Polis buru lelaki disyaki intai jiran mandi

Share

Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah, di Johor Bahru, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata wanita berumur 23 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 2.26 petang selepas menyedari dia diintai melalui tingkap tandas rumahnya kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Dia (mangsa) menyedari perkara itu selepas mengesan ada pergerakan orang di luar tandas melalui tingkap tandas yang sedikit terbuka ketika itu. Dia juga mendakwa ini kali kedua dia mengalami kejadian sama sejak menyewa kediaman berkenaan, dua bulan lepas,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Mohd Padzli berkata wanita itu mengesyaki jirannya itu yang melakukan perbuatan berkenaan, malah pernah membuat rakaman video pergerakan suspek menggunakan telefon bimbit, namun gambarnya tidak jelas.

Katanya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Bernama

Polis buru ‘dalang’ burukkan nama Agong dan istana

Leave a Reply