Hussein Bob Diminta Tampil Bantu Polis

“Daripada jumlah itu, kami mendapati terdapat satu premis di sebuah rumah kedai terletak di tingkat tiga kawasan berkenaan yang menjalankan kegiatan terbabit.

“Susulan itu, kami melakukan serbuan pada 13 November lalu yang membawa kepada penahanan enam lelaki warga asing serta dua lelaki tempatan bersama 10 komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judi dalam talian,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau premis yang dikatakan menjalankan aktiviti judi dalam talian di Taman Puchong Indah di sini, hari ini.

Abd Khalid berkata, pihaknya juga mendapati kebanyakan premis ditunjukkan oleh individu berkenaan adalah kedai lama yang pernah menjalankan aktiviti berkenaan.

“Enam daripada tujuh premis yang dikenal pasti dalam video berkenaan adalah kedai lama yang sudah ditutup susulan tindakan pemotongan elektrik dilakukan kira-kira tiga bulan lalu.

“Pemantauan dilakukan setiap hari di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu dalam usaha memastikan kegiatan terbabit tidak beroperasi semula di premis itu.



“Saya minta individu yang membuat rakaman berkenaan (Hussein Bob) tampil untuk memberikan maklumat kepada pihak polis supaya tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti berkenaan.

Terdahulu, satu rakaman video siaran langsung berdurasi tujuh minit 47 saat yang menunjukkan seorang lelaki ‘mendedahkan’ beberapa premis menjalankan kegiatan judi dalam talian di Taman Puchong Intan tular di media sosial minggu lalu.-HM

Tempah pelacur menerusi WhatsApp aktif di Bandar Puteri Puchong tumpas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker