Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

Gambar Hiasan

SERDANG – Anak kepada seorang anggota polis ditemui mati lemas dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang, kanak-kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bersama ibunya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain manakala ibunya sedang memasak di dapur.

Katanya, selepas beberapa minit tiada kelibat dan bunyi mangsa membuatkan ibunya mencari sebelum menemui kanak-kanak itu di dalam keadaan tidak sedar diri di dalam bilik air kediaman berkenaan.

“Panik dengan kejadian yang menimpa anak sulung itu, isteri kepada anggota berpangkat Lans koperal itu meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, mayat dibedah siasat sebelum dibawa ke Tumpat, Kelantan untuk pengebumian hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya. – K! ONLINE

Kanak-kanak perempuan lemas mandi di tali air

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker