Kanak-kanak perempuan lemas mandi di tali air

Gambar Hiasan

Parit Buntar: Seorang kanak-kanak perempuan lemas ketika mandi manda bersama rakannya di parit tali air Sungai Betul Bawah, di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian sekitar 5.30 petang itu, mangsa, Nur Farah Dania Abd Rahman, 12, yang tinggal di Tanjung Piandang, dikatakan mandi di lokasi bersama tujuh lagi rakannya.

Menurutnya, ketika kejadian, seorang pemancing yang berada di kawasan berhampiran menyedari dua daripada kanak-kanak itu hampir lemas dan dia bertindak terjun ke dalam tali air di situ untuk menyelamatkan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hanya seorang daripada kanak-kanak itu sahaja yang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi gagal ditemui.



2 lemas kereta terbabas dikejar polis

“Saksi itu (pemancing) kemudiannya meminta pertolongan penduduk kampung dan sekitar 6.30 petang mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan tidak jauh dari lokasi mereka mandi.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang untuk tindakan lanjut, namun disahkan meninggal dunia,” katanya dihubungi, malam ini.



Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan lemas dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada waris dan dibawa pulang ke kediaman mereka di Tanjung Piandang,” katanya.

Empat pemancing maut, empat hilang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker