SERDANG – Anak kepada seorang anggota polis ditemui mati lemas dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam.
Dalam kejadian pukul 2 petang, kanak-kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bersama ibunya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain manakala ibunya sedang memasak di dapur.
Katanya, selepas beberapa minit tiada kelibat dan bunyi mangsa membuatkan ibunya mencari sebelum menemui kanak-kanak itu di dalam keadaan tidak sedar diri di dalam bilik air kediaman berkenaan.
“Panik dengan kejadian yang menimpa anak sulung itu, isteri kepada anggota berpangkat Lans koperal itu meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Menurutnya lagi, mayat dibedah siasat sebelum dibawa ke Tumpat, Kelantan untuk pengebumian hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya. – K! ONLINE
MELAKA TENGAH: Suspek lelaki yang juga ayah tiri kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai lemas dalam tong dan didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka berkali-kali mengucapkan kata maaf kepada keluarga angkat kanak-kanak yang lemas di dalam tong air dan dipercayai didera. Menceritakan hal itu kakak angkat mangsa yang dipanggil…
MELAKA: Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, petang tadi. Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri…
SEREMBAN: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal. Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir di sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, mangsa…
You must be logged in to post a comment.