[VIDEO] Zirafah Teristimewa

BBC News melaporkan dengan adanya alat itu, renjer hutan yang bertugas dapat memantau pergerakan zirafah jantan itu, sepanjang masa.

Ia satu-satunya zirafah putih diketahui ada di dunia selepas dua yang lain menjadi mangsa pemburu haram, Mac lalu.

Haiwan itu mempunyai kelainan genetik dikenali Leucism yang menyebabkannya mengalami masalah kehilangan pigmentasi.
VIDEO DIBAWAH:-
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=LsM8n1g57SA[/embedyt]

Komuniti Konservasi, Ishaqbini Hirola yang mengawasi hidupan liar di kawasan itu memaklumkan, alat GPS dipasang pada salah satu tanduk zirafah berkenaan, pada 8 November lalu.

Menerusi satu kenyataan, kumpulan itu memberitahu bahawa alat berkenaan akan memberi maklumat, pada setiap jam, mengenai keberadaan zirafah terbabit.

Sehubungan itu, ia membolehkan renjer melindunginya daripada ancaman pemburu haram

Pengurus kumpulan, Mohammed Ahmednoor mengucapkan terima kasih kepada ahli konservasi atas bantuan mereka dalam melindungi zirafah dan hidupan liar yang lain.

“Rumput tumbuh subur kerana cuaca hujan sejak kebelakangan ini seperti memberi isyarat masa depan baik untuk zirafah jantan putih,” katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Hidupan Liar Kenya, badan pemuliharaan utama di negara timur Afrika berbesar hati membantu kumpulan berkenaan dalam usaha melindungi haiwan terancam.

Zirafah putih pertama kali ditemui di Kenya pada Mac 2016, kira-kira dua bulan selepas ia kelihatan di negara jiran, Tanzania.

Setahun kemudian, zirafah putih menjadi tumpuan sekali lagi selepas seekor ibu dan anaknya dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat konservasi di daerah Garissa, Kenya.

Zirafah adalah mamalia tertinggi di dunia dan sering diburu untuk mendapatkan kulit, bahagian daging dan bahagian badannya.

Menurut Yayasan Hidupan Luar Afrika (AWF), populasi zirafah berkurangan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini yang mana kegiatan pemburuan haram dan pemerdagangan menyumbang kepada penurunan itu.

Zirafah tergolong sebagai spesies terancam dalam Daftar Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), dengan populasinya dianggarkan 68,293 di seluruh dunia-HM-CNN

National Geographic

Restoran hidang daging eksotik tanpa permit diserbu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker