Dari kereta terbang kepada cetak wang, elok abah rotan jer

DARI KERETA TERBANG KEPADA WANG HELIKOPTER.

Timbalan Menteri KBS Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan supaya Bank Negara melaksanakan “Wang Helikopter”.

Wang Helikopter bermaksud BNM mencetak lebih banyak wang dan diberi kepada rakyat. Dia juga cadang supaya hutang rakyat kepada bank dihapuskan. Sebelum itu dia berjanji ahli Armada yang menyokongnya akan diberi kerja kerja kontrak kerajaan

Wan Fayhsal, “Engkau ini dah kenapa” Terlebih outside the box ke? Engkau tahu tak, nilai mata wang Malaysia sedang lemah sekarang ini”.



Abahku, kalau over sangat, elok rotan je dia ni.

Dr Puad Zarkashi

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat.

Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.



Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Pengampunan hutang, cetak wang adalah teknikal, kata Wan Fayhsal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker