[VIDEO] “Saya Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Untuk Dapatkan…” – Fatin Afeefa

Fatin Afeefa membuktikan dia bukan hanya pelakon yang sering di kelilingi kontroversi, tetapi merupakan seorang pelakon yang seharusnya diambil serius dalam bidang lakonan.

Mempunyai raut wajah yang jelita, Fatin Afeefa mengakui dia gembira bila mendapat tawaran lakonan yang lain daripada kebiasaan.

“Fatin nak orang tengok yang Fatin mampu bawa watak yang berbeza dan bukan setakat watak-watak biasa.



“Kepercayaan yang diberikan oleh pengarahnya Feroz Kader untuk Fatin sangat dihargai. Biarpun susah, Fatin beri sebaik mungkin untuk menunaikan watak yang diberikan,” kata Fatin ketika dihubungi Gempak.

“Saya sanggup jilat lantai supaya nampak real dalam lakonan tu” Fatin Afeefa

Melalui telefilem Kisah Seram hospital, Fatin melalukan pelbagai perkara yang mungkin di luar dugaan.

“Saya sanggup jilat lantai supaya lakonan saya nampak real dan tidak menggunakan CGI. Walaupun banyak kali juga saya tanya mereka sama ada dah lap dan cuci lantai ke belum,” kata Fatin sambil ketawa kecil.



Namun menurut Fatin, perkara itu masih dianggap kecil berbanding dengan babak di mana dia harus memakan paru yang sudah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk menampakkannya lebih seperti realiti.

“Bayangkan Fatin terpaksa makan paru yang besar tu dan dah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk nampak real. Kena nampak Fatin betul-betul gigit dan kunyah. Masa tu betul-betul rasa nak muntah, tapi Fatin tahankan.

“Habis scene tersebut terus muntah. Balik rumah, berus gigi sekuat mungkin tapi masih lagi terasa apa yang dibuat ketika penggambaran,” kata Fatin mengingat kembali.



VIDEO TRAILER DIBAWAH:-

[videopress Ig7arF1O]

Dia juga bersyukur kerana digandingkan dengan pelakon seperti Fattah Amin dan Shahrol Kamal dan diarahkan oleh Feroz Kader.

“Walaupun belum pernah berganding dengan Fattah dan Shahrol, tetapi sifat saling bantu membantu dan sering berbincang membuatkan keadaan di set sangat baik.



“Ditambah pula dengan pengarah Feroz Kader yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sabar membuatkan energy di tempat penggambaran sangat best dan happy untuk bekerja,” kata Fatin yang tidak menolak jika berpeluang lagi untuk berlakon di bawah arahan Feroz Kader- GEMPAK

Suami isteri terlantar di ICU, bayi pula masuk wad



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker