Kementerian saya sentiasa membantu Zoo dan Pameran Tetap yang menghadapi masalah – Shamsul Anuar

BANTUAN KEWANGAN KEPADA PENGUSAHA ZOO DAN PAMERAN TETAP (ZPT) YANG MENGHADAPI MASALAH
KEWANGAN SEMASA PERINTAHKAWALAN
PERGERAKAN (PKP)

1. Penularan pandemik COVID-19 telah memberi implikasi ke atas kegiatan ekonomi pengendali Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di mana hasil kutipan tiket, jualan-jualan produk dan perkhidmatan
yang menjadi sumber pendapatan utama ZPT terjejas di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Baru-baru ini telah tular di media massa dan media sosial yang mengundang persoalan daripada masyarakat mengenai apakah peranan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah berkenaan. Realitinya KeTSA bagi pihak kerajaan sentiasa membantu. Malah pelbagai pihak daripada sektor swasta, dan NGO juga banyak menyumbang dan KeTSA sentiasa menggalakkannya.

3. Zoo Negara dimiliki oleh Malaysia Zoological Society (MZS) yang merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO). Zoo Negara diberikan permit pengendalian zoo secara tahunan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi mengendalikan zoo.

4. Sebenarnya Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun 2020 bagi menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar bagi menghadapi kesan Pendemik Covid 19. Malah difahamkan beberapa pihak lain juga menghulurkan bantuan dana.

5. KeTSA juga telah melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua ZPT terus terpelihara seperti berikut:

a) menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas. Dana ini bertujuan untuk meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan
bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan. Sebanyak 21 ZPT telah mengemukakan permohonan dan dana telah disalurkan secara berperingkat
bermula Mei 2020;

b) memanjangkan secara spesifik diskaun 15% bil elektrik secara bulanan selama enam (6) bulan kepada ZPT di bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0);

c) mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT; dan

d) menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri.

6. ZPT sebagai entiti perniagaan tidak sewajarnya meneruskan kebergantungan kepada Kerajaan kerana pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu ZPT.

7. Bagi tindakan jangka panjang, Kementerian melalui Jabatan PERHILITAN telah mengadakan sesi konsultasi dengan Malaysian Association of Zoological Park dan Aquaria (MAZPA) serta ZPT untuk mengkaji semula peraturan yang berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716] bagi memastikan ZPT adalah berdaya tahan (financial sustainability) dan kebajikan hidupan liar terpelihara.

8. Strategi penambahbaikan akan digariskan dalam Model Baharu ZPT dan diterima pakai selepas dimuktamadkan. Perkara ini penting kerana pengoperasian ZPT bukan sahaja memerlukan kepakaran tetapi melibatkan perbelanjaan pembangunan dan operasi yang tinggi.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli
#KeTSA #AkademiUMNOMalaysia #umnobn #perhilitan #lenggong

Ebit Lew ‘bela’ nasib penghuni Zoo Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker