Cetak wang: Gerakan Keadilan Monetari sokong Wan Ahmad Fayhsal
GERAKAN Keadilan Monetari menyokong saranan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar kerajaan mencetak wang untuk mambantu dan menghapuskan hutang rakyat.
Pengerusinya Prof. Dato Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, perubahan yang dicadangkan pada struktur monetari ekonomi khususnya sektor perbankan dapat mengurangkan kemelesetan ekonomi secara efektif dan kekal.
“Pendek kata, kami sangat menyokong saranan Wan Ahmad Faysal agar Kerajaan mencetak wang melalui konsep Wang Sovereign dan melancarkan Jubli Hutang di negara ini untuk membiayai defisit belanjawan dan meningkatkan ekonomi.
“Sememangnya sektor perbankan akan menentang penyelesaian seperti ini kerana perubahan yang disarankan dilihat merentas ke dalam batas kuasa dan kepentingan mereka.
“Oleh itu, ini adalah keputusan kerajaan sekarang ini. Mudah-mudahan Kerajaan berani mengambil pendirian demi kepentingan rakyat dan negara, demi kesejahteraan, kedamaian dan keamanan masa depan semua,” kata Dr. Ahamed Kameel. SM