MySejahtera kesan 9,167 kes positif Covid-19 – Noor Hisham

Aplikasi pintar, MySejahtera telah berjaya mencapai 23,953,970 pengguna dan tanggungan yang berdaftar serta 1,058,853 premis perniagaan berdaftar sejak dilancarkan pada 20 April lalu.

Setakat ini, MySejahtera telah merekodkan 1.7 bilion jumlah kumulatif daftar masuk ke premis-premis berdaftar menggunakan imbasan kod QR dengan purata 15 juta daftar masuk sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, aplikasi itu juga telah membantu merungkai 523,000 persoalan daripada pengguna.

Jelas beliau, ia telah berjaya mendapat penarafan 4.7 bintang di dalam aplikasi Apple Store dan Google Playstore.



“Aplikasi MySejahtera telah banyak membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengesan kes-kes positif Covid-19 melalui dua kaedah iaitu penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna di mana kes posiitif dikesan apabila seseorang itu menilai risiko terhadap virus itu mengikut kriteria dalam garis panduan KKM.

“Sehingga hari ini, 1,561 kes atau 3.1 – 6.5 peratus telah berjaya dikesan dan disahkan positif Covid-19 dengan menggunakan kaedah penilaian kesihatan kendiri.

“Pengesanan kontak rapat melalui semakan data oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan pangkalan data MySejahtera di mana individiu yang berpotensi sebagai kontak rapat kepada kes positif akan dikesan melalui aplikasi ini,” katanya dalam satu kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Noor Hisham menambah, sehingga hari ini, sebanyak 7,606 kes Covid-19 atau 15.1 – 37.8 peratus telah dikesan positif melalui kaedah pengesanan kontak menggunakan MySejahtera. MG



Cara mudah buat sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker