Sokongan Cina kepada Umno ‘setinggi’ DAP, tak lebih, kata badan pemikir

Sebuah badan pemikir menjelaskan hasil tinjauannya yang menunjukkan sokongan masyarakat Cina kepada Umno “setinggi” seperti diperoleh DAP, bukannya “lebih tinggi” seperti dilaporkan sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada FMT, Emir Research berkata ia tidak tepat untuk membuat kesimpulan daripada laporannya yang sokongan kepada Umno dalam kalangan masyarakat Cina lebih tinggi daripada DAP.

Ia mengulas laporan FMT berhubung tinjauannya yang melibatkan lebih 2,000 responden, melaporkan sokongan kepada Umno dalam kalangan masyarakat Cina adalah 25% berbanding hanya 17% kepada DAP.

Bagaimanapun, jika mengambil kira margin kesilapan, Emir Research berkata ia tidak tepat untuk membuat kesimpulan Umno mendapat lebih banyak sokongan Cina berbanding DAP.



“Hanya apabila kami mendapati perbezaan peratusan sekurang-kurangnya 10%, maka kami boleh membuat kesimpulan jurang yang sebesar ini tidak akan berlaku secara kebetulan.

“Jadi, cara yang lebih tepat dari segi saintifik untuk mentafsir dapatan kajian berkenaan adalah sokongan kepada Umno dalam kalangan responden Cina adalah setinggi DAP”.

Tinjauan dilakukan pada Ogos itu menunjukkan Umno mendapat sokongan tertinggi sebanyak 42.8% berbanding parti lain, jauh mengatasi PAS dan PPBM yang masing-masing memperoleh 15.5% dan 8.5% sokongan.

Berdasarkan pecahan demografi pula, Umno menikmati sokongan yang konsisten dengan 25% responden Cina menyokong parti itu.



Ini berbanding dengan hanya 17% daripada responden Cina memilih DAP sebagai parti yang disokong. Parti itu hanya memperoleh 1% sokongan daripada responden Melayu.

Ketika ditanya tentang faktor paling penting yang menentukan sokongan mereka, 29% reponden berkata, ia berkait dengan kecenderungan peribadi.

Ia diiikuti rapat oleh faktor kesetiaan parti dan keselesaan terhadap ahli politik tertentu yang masing-masing mencatatkan 25% dan 24% daripada respons responden. FMT

Badan pemikir kesihatan bidas keputusan WP benarkan bazar Ramadan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker