CAP PALSU: Imigresen ‘makan’ RM500 hingga RM6,000 seorang

Kuala Lumpur: Sindiket menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara lumpuh apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam operasi besar-besaran semalam.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan ‘sting operation’ yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan 13 orang termasuk sembilan pegawai Imigresen direman di Johor manakala 23 lagi direman di Putrajaya hari ini.

“Ahli sindiket yang ditahan termasuk 27 pegawai Imigresen, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang bertindak sebagai orang tengah berusia antara 21 dan 46 tahun.

Ketua Balai dan anggota terima rasuah ditahan SPRM

“Sindiket ini telah menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu dan berada di bawah radar pemantauan SPRM sejak bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas,” kata sumber itu.

Menurut sumber, aktiviti rasuah dalam kalangan anggota sindiket itu menjadi lebih rancak sepanjang PKP dikuatkuasakan dan ia menumpukan pekerja asing dan pekerja tanpa izin yang terkandas di negara ini akibat PKP.

“Banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

Viral tumbuk bomba: Lelaki dipenjara enam bulan, denda RM6,000 [Video]

“Modus operandi sindiket ini ialah menerusi dua kaedah iaitu flying pasport atau pasport terbang iaitu ejen akan mengumpul pasport pekerja asing atau migran yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja yang telah tamat tempoh untuk dicap keluar dan masuk bagi membolehkan visa lawatan disambung,” katanya.

Sumber berkata, hanya pasport yang sampai di pejabat imigresen tanpa kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk sepertimana yang disyaratkan.

“Modus operandi yang kedua ialah setting counter khususnya di KLIA dan klia2, iaitu pendatang tanpa izin yang disenaraihitamkan, yang telah tamat tempoh visa perjalanan dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM6,000 seorang untuk bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Hina Islam, penyelia kilang didenda RM6,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker