Viral tumbuk bomba: Lelaki dipenjara enam bulan, denda RM6,000 [Video] · MYKMU.NET

Viral tumbuk bomba: Lelaki dipenjara enam bulan, denda RM6,000 [Video]

Share

KAJANG: Seorang lelaki yang bertindak menumbuk dan memukul anggota bomba yang memadamkan kebakaran keretanya, Khamis lalu, dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.

Kan Hong Kit, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Majistret Syahrul Md Zain.

Bagi pertuduhan menghalang tugas penjawat awam, Muhammad Noor Firdaus menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas pengurus acara itu.

Sementara di hadapan Syahrul Sazly, lelaki itu yang didakwa memandu secara melulu, dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM6,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selain lesen memandu digantung selama dua tahun.

PANAS! Larang Hampiri Kereta Terbakar, Abang Bomba Jadi Mangsa Tumbuk [Video]

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah bagi tujuan menghalang penjawat awam, Alfred Rudy Anak Tungku.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memandu kereta jenis Proton Pesona yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Timbalan Pendakwa Raya, Hairuliqram Hairuddin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tidak memperlekehkan petugas barisan hadapan.

“Kejadian berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana orang ramai sepatutnya memberi kerjasama kepada penjawat awam apatah lagi anggota bomba berkenaan sedang memadamkan kebakaran pada kereta tertuduh.

Anggota BOMBA dipukul lelaki ini ketika jalankan tugas tapi ada kisah disebaliknya….

“Demi keselamatan orang awam, tertuduh tidak sepatutnya mencederakan anggota bomba, kerana ia akan mengelak letupan besar di lokasi tersebut,” katanya.

Khamis lalu, tular video seorang lelaki menyerang anggota bomba yang sedang memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn.

Kejadian berlaku di tepi Jalan Suakasih dan Jalan Sua Damai Bandar Tun Hussien Onn, Batu 9 Cheras, Selangor antara jam 10.26 hingga 10.40 pagi, 15 Oktober lalu.

Hina Islam, penyelia kilang didenda RM6,000

Leave a Reply