Ketua Balai dan anggota terima rasuah ditahan SPRM

Share

Terima rasuah elak saman peniaga ingkar PKP

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan dua anggota polis termasuk seorang Ketua Balai Polis berusia 57 tahun kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000 bagi mengelakkan tindakan menyaman pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sumber, kedua-dua pegawai dan anggota polis terbabit ditahan petang semalam dalam serbuan di Balai Polis Tengkera.


“Dalam serbuan itu, wang rasuah berjumlah RM6,000 ditemui disimpan dalam pejabat ketua balai polis terbabit.

“Susulan itu Ketua Balai Polis terbabit dan anggotanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut. HM


Leave a Reply