Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah – Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara .

Perkenan Agong untuk darurat di Parlimen Batu Sapi ambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga COVID-19.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan untuk pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sabah.



Ini selepas baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Istana Negara dalam sesi yang berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4.00 petang ini.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempersembahkan nasihat beliau, susulan
daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan
Pengisyhtiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185)
Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

“Setelah memperhalusi penjelasan perdana menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Dato’ Abdul Ghani Salleh, Al-Sultan Abdullah telah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.85 Batu Sapi, Sabah.

“Dengan Pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang ke-empat penularan wabak Covid-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.



“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisyhtiharan Proklamasi Darurat bagi P185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19,” maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, hari penamaan calon PRK Batu Sapi dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker