Sultan Perak perkenan solat Jumaat diganti Zuhur di zon merah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan solat Jumaat diganti dengan solat Zuhur mulai hari ini di rumah masing-masing bagi kawasan zon merah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, berkata titah dibuat selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta Jabatan Agama Islam Perak selain mengambil kira pandangan dan maklum balas terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi zon merah solat berjemaah pada setiap solat fardu hanya boleh dilaksanakan oleh enam orang jemaah yang terdiri daripada kalangan pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.

Nasrudin ganti Nik Omar sebagai YDP Yadim

“Laungan azan solat fardu lima waktu hendaklah diteruskan seperti biasa,” katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi Zon Kuning dan Zon Hijau, Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dibolehkan dengan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat di masjid, surau dan surau diri Jumaat.

“Ia berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira prosedur operasi standard.

“Kehadiran menunaikan solat Jumaat, pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia, identiti jemaah yang datang untuk bersolat hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya.

Shahrul Azam berkaa, bagi zon kuning dan hijau semua aktiviti keagamaan juga dibenarkan dengan mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh MKN dan KKM,” katanya.

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker