PNB perkenal Minggu Saham Digital

MSD dianjurkan bersama Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga rakan penaja. - FOTO PNB
MSD dianjurkan bersama Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga rakan penaja. – FOTO PNB

SELARAS perkembangan transformasi digital, Permodalan Nasional Bhd (PNB) memberi nafas baharu untuk Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) dengan mengadaptasikannya kepada Minggu Saham Digital (MSD).

Selama dua dekad setiap tahun, PNB berjaya meletakkan MSAM sebagai sebuah program celik kewangan dan pelaburan yang sentiasa dinantikan, sarat dengan pelbagai aktiviti pendidikan mesra keluarga.

Pengurus dana amanah itu juga berjaya menyediakan platform secara bersemuka untuk masyarakat mengenali PNB dan syarikat pelaburannya.

Ini sekali gus memberi peluang kepada pemegang unit PNB mendapat gambaran bagaimana pelaburan mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi Malaysia.

 

PNB dukung cara baharu

Tahun ini MSD menjadi bukti bahawa PNB terus berkembang dan mendukung cara baharu yang lebih menarik untuk mendekati pemegang unit dan rakyat negara ini secara umumnya.

Penganjuran MSD bertujuan mendidik rakyat di negara ini dari semua peringkat usia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital, MSD menjadi medium penting untuk mempamerkan syarikat-syarikat pelaburan PNB.

Rakan korporat PNB untuk MSD terdiri daripada tiga peringkat. Dalam kategori ‘Rakan Premier’ adalah Maybank Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings Berhad.

Seterusnya, ‘Rakan Utama’ adalah Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua).

Manakala MNRB Holdings Berhad, CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad, dan Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) adalah dalam kategori ‘Rakan’.

 

Program menarik

MSD akan disiarkan secara langsung bermula 18 hingga 24 November 2020 melalui Facebook dan YouTube antara jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam.

Penganjuran acara digital selama tujuh hari itu bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik, siri forum dan webinar pendidikan, serta segmen-segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Jika peserta ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, ilmu kewangan dan pelaburannya, jangan lepaskan peluang untuk menonton beberapa siri program menarik seperti Cikgu CEO, My Cerita dan Jumpa di 118.

1. Cikgu CEO

Image

Siri webinar topikal interaktif ini dibawakan oleh PNB, Maybank Berhad, dan UMW Holdings Berhad. Menerusi program ini, persoalan daripada golongan belia Malaysia akan dijawab dalam interaksi maya bersama CEO untuk mendidik belia mengenai kepentingan literasi kewangan.

2. My Cerita 

Image

Menerusi ‘My Cerita’ pula, Dahlia Shazwan selaku pengacara akan membawa penonton mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad serta mendapatkan penerangan mengenai fungsi, budaya, visi dan misi syarikat-syarikat tersebut.

3. Jumpa di 118

Image

Awal Ashaari adalah pengacara Jumpa di 118, dibawakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad.

Program ini bakal menampilkan Ketua Pegawai Pelaburan, Harta Tanah PNB, Rick Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, Tengku Dato ‘Ab Aziz Tengku Mahmud.

Mereka akan berbicara mengenai perkembangan pembinaan ikonik ini dan memberikan gambaran lebih mendalam tentang Merdeka 118.

Menara yang bakal menghiasi kaki langit Kuala Lumpur sebaik mencapai Tingkat 118 itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2021, menjadi menara tertinggi di Malaysia dan kedua di dunia.

Hadiah bernilai lebih RM500,000

Selain siri forum dan webinar pendidikan, peserta juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains unik, serta pertandingan pencarian harta karun maya.

Bukan itu sahaja, peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah Ford Ranger 2.0L XLT 4WD (10AT), sebuah Toyota Vios 1.5G (AT), sebuah Perodua Aruz 1.5AV (AT), sebuah Honda CBR250, 8 buah Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000.

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan #Laburbersama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MSD, layari www.minggusahamdigital.com.my atau ikuti @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker