Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup · MYKMU.NET

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup

Share

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sekurang-kurangnya 43 individu dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor siang tadi.

Individu ditahan terdiri daripada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan beberapa orang awam dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam kegiatan itu.

Orang awam terbabit dipercayai bertindak sebagai ejen bagi mendapatkan khidmat cop berkenaan bagi warga asing.

Sumber berkata, kegiatan itu melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar dari negara ini.

Tangkapan dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor melibatkan 10 anggota JIM manakala kira-kira 30 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Tiga orang awam dipercayai sebagai orang tengah ditahan di Johor Bahru.

SPRM dijangka akan mendapatkan perintah reman terhadap semua yang ditahan esok. HM

Imigresen ancam batal pas warga asing jika buat kenyataan tidak tepat.

Leave a Reply