Al-Fatihah: Ibu Nija AF1 Meninggal, Ayah Tak Sempat Jumpa Kerana… – “Ayah Nak Jaga Mak Tapi Tak Sangka Mak Pergi Secepat Ni”

Share

Bekas bintang Akademi Fantasia musim yang pertama, Siti Harnizah Tahar atau lebih dikenali sebagai Nija baru sahaja kehilangan ibunya yang pulang ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 13 November.

Kehilangan itu bukan sahaja sesuatu yang amat besar, namun ibunya juga sudah tidak bertemu dengan ayahnya hampir setahun kerana wabak Covid-19, seperti yang dikongsikan Nija di Instagram dan facebook miliknya.

“Setelah 241 hari mereka tak berjumpa, akhirnya mereka berjumpa kembali tapi dalam situasi yang berbeza. Kali terakhir Mak jumpa Ayah pada 17 Mac 2020 – Selasa- masa tu aku hantar ayah untuk kuarantin kat Singapura, memandangkan Ayah adalah warganegara Singapura.

“Mak bye2 Ayah kat balcony, dengan menyimpan harapan untuk berjumpa kembali selepas 2 minggu kuarantin dijalankan. Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, mak terus berharap untuk Ayah pulang,” tulis Nija.

Tambah Nija, setiap kali berhubung melalui panggilan video, ibunya pasti menangis dan bertanya bila ayahnya akan pulang.

“Setiap kali tu kami akan pujuk Mak, suruh bersabar dan doa banyak-banyak. Sampai la di hujung-hujung hayat Mak, bila video call, Mak dah tak tanya lagi bila Ayah nak balik tapi Mak cakap ‘Ani akan tunggu Abg balik’.

“Ayat tu sedikit melegakan Ayah. Ayah cakap kat aku dengan harapan mudah-mudahan tahun baru nanti ada pelepasan pada orang-orang macam Ayah untuk pulang jumpa Mak. Ayah cakap Ayah tak dapat balik Singapura lagi sampai bila-bila pun tak apa.

“Ayah nak jaga Mak kami. Tak sangka Mak akan pegi secepat ni, sebab Mak tak ada sakit tenat, mungkin Mak tak nak susahkan semua orang. Alhamdullillah, Mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat, di hari yang dia selalu idam-idamkan,” tulis Nija lagi.

Sudah 241 hari tidak berjumpa

Tulis Nija lagi, rindu antara kedua ibu dan ayahnya sangat-sangat mendalam, dan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk melalui situasi seperti ayahnya.

“Ayah sangat-sangat tenang, dalam hati Ayah hanya Allah je yang tau tapi airmata Ayah gugur bila melihat jasad Mak. Ayah kuat sebab Ayah nak anak-anak dia sekuat dia dan terima takdir Allah.

“Tapi Ayah, anak-anak Ayah tak sekuat Ayah. Semalam selepas pengebumian Mak, Ayah terus dibawa kuarantin untuk 2 minggu, aku tak dapat bayangkan keadaan Ayah dan Adik aku yg masih di kuarantin di Singapura semoga mereka terus kuat dan tabah. Semoga ALLAH anugerahkan mereka kekuatan yang luar biasa,” tulis Nija lagi yang tentunya masih bersedih.

Tambah Nija, cinta dan kasih sayang ibu dan ayahnya sangat luar biasa dan berdoa semoga mereka semua dipertemukan kembali di Syurga.

‘Air mata ayah gugur melihat jasad mak’

Difahamkan, selepas upacara pengebumian selesai, ayahnya telah dibawa pulang semula ke Singapura dan perlu menjalani kuarantin selama dua minggu. Dalam pada itu, Nija berharap agar ayah dan adiknya di Singapura akan terus kuat mengharungi kehidupan yang akan datang.

Gempak cuba menghubungi Nija melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Salam takziah daripada Gempak untuk Nija sekeluarga serta sahabat handai.-GEMPAK

Ayah hubungi ibu 9 kali namun…

Leave a Reply