Pemimpin Umno menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Hasbullah

Share

Solat jenazah Allahyarham Dato’ Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik di Masjid Abu Bakar, Raub. Secara peribadi saya kehilangan seorang sahabat karib sejak zaman Pemuda. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Sahabat seperjuangan, Ahli Parlimen Gerik, Dato Hasbullah Osman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati roh Allahyarham serta ditempatkan bersama dengan para mukminin solihin.

UMNO dan keluarga besarnya menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Al-fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ahmad Zahid Hamidi

Suasana sedih dan pilu di sini.

Saya menziarahi jenazah sahabat saya Allahyarham Dato’ Hasbullah Osman.

Rakan-rakan seperjuangan juga ada bersama.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di sana.
Al-Fatihah.

Najib

Al Fatihah.

Arwah cikgu saya sejak saya di Tingkatan 1 hingga tamat saya belajar di SMSIS II Gerik. Beliau begitu berjasa kepada saya. Saya kehilangan seorang cikgu yang banyak berjasa kepada saya. Dan juga saya hilang seorang rakan Ahli Parlimen yang sangat baik dan saya hormati

Semoga Allah menempatkannya bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

Saya,isteri dan keluarga ucapkan tahziah dan mendoakan agar arwah aman disana dan keluarganya bersabar menghadapi dugaan ini.

Amin
#lenggong #Gerik #KeTSA

Shamsul Anuar Nasarah

Di Masjid Sultan Abu Bakar #Raub #Pahang. Bacaan Yasin. 10.45 mlm. 16/11/20.

Moga roh Allahyarham D Hasbullah MP #Gerik #Perak dicucuri rahmat Allah. Arwah rakan yg baik. Khidmatnya banyak. Al-Fatihah

Ahmad Maslan

Terima berita sedih mengenai pemergian Allahyarham YB Dato’ Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sama-sama kita doakan agar roh ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Azalina

Jenazah Hasbullah dikebumi di Gerik

Leave a Reply