Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

JOHOR BAHRU: Pasukan bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap kira-kira 10 minit dalam kereta Proton Saga bapanya di Jalan Nusaria 11/5, Taman Nusaria, Gelang Patah, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, Muhammad Fateh Najmi Mohd Fadli, dua tahun, sedang tidur di dalam kereta yang dimatikan enjin itu ketika bapanya keluar seketika untuk ke kedai runcit manakala kunci kenderaan terbabit diletakkan di atas kerusi pemandu.

Bayi terperangkap dalam kereta



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azlan Ramli, berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang.

Beliau berkata, Muhammad Fateh Najmi mungkin panas sebelum terjaga dan menangis akibat terkunci dari dalam kenderaan itu.

Katanya pihak bomba mengambil masa tujuh minit untuk mengumpil pintu kereta menggunakan peralatan khas.



“Kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.57 petang,” katanya. – BERNAMA

Petugas hospital di pedalaman Sabah dakwa peralatan tidak mencukupi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker