Pengharaman jualan arak di kedai runcit, serbaneka satu kemenangan · MYKMU.NET

Pengharaman jualan arak di kedai runcit, serbaneka satu kemenangan

Share

PERGERAKAN Anti Arak Murah Malaysia menyifatkan pengharaman penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur dianggap sebagai satu kemenangan kepada perjuangan kumpulan itu.

Ketua Penyelaras pergerakan itu David Marshel berkata, pihaknya menyambut baik langkah yang diambi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas beliau, tindakan yang diambil oleh DBKL akan menjadi satu penanda aras kepada pihak berkuasa tempatan yang lain untuk mengikut langkah yang telah diambil.

“Ini adalah satu kemenangan bagi pihak kami yang berjuang aktif sejak 2014 dengan mengadakan beberapa siri kempen untuk haramkan arak murah di Malaysia.

“Keputusan yang diambil oleh DBKL adalah satu batu loncatan bagi negeri dan PBT lain untuk melaksanakan garis panduan penjualan arak keras di premis seperti yang dilakukan oleh DBKL,” kata David dalam satu kenyataan. SM

Selangor negeri tertinggi keluar lesen arak kelas runcit: KPKT

Leave a Reply