Menteri Bahrain adakan lawatan rasmi pertama ke negara haram Israel?

Bakal tandatangan perjanjian penerbangan terus Tel Aviv-Manama

MANAMA, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Dua menteri Bahrain bersedia melakukan lawatan rasmi pertama ke negara haram Israel untuk menghadiri pertemuan tiga pihak bersama pegawai Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Laman berita Walla Israel melaporkan, Menteri Luar Negeri Bahrain, Abdullatif bin Rashid Alzayani dan Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Pelancongan, Zayed Bin Rashid Al Zayani akan melakukan lawatan ke Israel akhir minggu ini.

Mereka dijangka menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo di Baitulmaqdis pada hari Rabu.

Menteri Luar Negeri Israel, Gabi Ashkenazi juga akan turut serta dalam pertemuan itu.



Menurut sumber Israel, pihak berkenaan akan menandatangani perjanjian untuk penerbangan terus antara Tel Aviv dan Manama dalam pertemuan itu.

Mereka juga akan membincangkan pembukaan kedutaan dan pertukaran duta besar.

KWSP Akur, Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat



Pada 11 September, bekas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan bahawa Bahrain mengikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam menormalkan hubungan dengan Israel.

Empat hari kemudian, Netanyahu menandatangani perjanjian dengan Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar Negeri Bahrain, Abdullatif Al Zayani dalam upacara rasmi yang dihoskan oleh Trump di White House.

Warga Palestin yang memperjuangkan kemerdekaan negara di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, telah mengecam perjanjian itu sebagai pengkhianatan perjuangan mereka terhadap penjajahan Israel.

Kumpulan penentang utama Bahrain, Persatuan Islam Nasional al-Wefaq telah mengecam perjanjian itu sebagai ‘pengkhianatan utama terhadap Islam dan Arab dan penyingkiran daripada persetujuan Islam, negara Arab dan nasional.’



Ia mengatakan bahawa perjanjian Israel-Bahrain tidak sah sama sekali. – Agensi

DBKL larang jual minuman keras di kedai runcit & serbaneka mulai Oktober 2021



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker