‘Gabungan besar’ anti-PH

Penganalisis politik mengkritik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa untuk membentuk gabungan besar yang terdiri daripada parti anti-Pakatan Harapan kerana ia mungkin berhasil.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, parti seperti Pejuang, Muda dan Warisan terlalu progresif untuk beberapa parti lebih konservatif dalam gabungan pemerintah, menjadikan mereka tidak sesuai.

Katanya, gabungan besar itu ialah entiti “ideal” anti-Anwar dan anti-DAP yang mahu dilihat kebanyakan rakyat Malaysia berfikiran terbuka.

“Sekali lagi, tarikan utama gabungan sedemikian ialah kemungkinan memonopoli kuasa memerintah, walaupun dengan kehadiran pemimpin tertinggi, yang menarik untuk sekurang-kurangnya beberapa elemen dalam pembangkang,” katanya kepada FMT.


Beliau berkata, cadangan untuk parti kecil lain seperti Berjasa dan Makkal menyertai gabungan itu sekadar “hiasan luaran” politik atas alasan inklusif; parti ini tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Azmi Hassan, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, berkata cadangan Annuar bukan pengubah keadaan kerana Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, BN dan PH sudah menjadi contoh gabungan besar.

Katanya, sukar bagi politik Malaysia melepasi dasar parti atau personaliti politik, tetapi tiada salahnya dengan perkara itu.

“Politik mengenai personaliti, tidak diragui lagi, dan sukar untuk menyingkirkan faktor ini, khasnya dalam senario politik kita.

“Tak salah bina gabungan dikaitkan dengan personaliti, jika personaliti ini dapat menyatukan parti bermusuhan. Dan personaliti ini juga perlu mempunyai prinsip politik teguh yang diterima semua pihak.


“Pada pendapat saya, untuk membentuk gabungan besar, kita memerlukan sesuatu yang dapat meyakinkan semua untuk bekerjasama, dan personaliti yang sangat dihormati adalah caranya.”

Beliau berkata, “agak mustahil” bagi Pejuang, Warisan atau Muda menerima cadangan Annuar dan bergabung dengan mereka, walaupun beliau mengakui politik Malaysia sering berlaku perkara tidak dijangka.

“Tiada siapa jangka Umno dan PAS akan bekerjasama, atau Umno akan menyokong PPBM melalui PN, tetapi sekali lagi, perkara mustahil berlaku kerana semua entiti ada sesuatu untuk diperolehi dengan bergabung.”

Oh berkata, pujaan tokoh tidak dapat dielakkan dalam mana-mana komposisi politik, khasnya di negara membangun seperti Malaysia yang beralih kepada demokrasi “asli”.

Katanya, tanpa personaliti politik besar dan berpengalaman untuk meraih sokongan, mana-mana gabungan mungkin tumbang dalam kadar sama ia ditubuhkan.

Annuar mencadangkan pembentukan “gabungan besar” untuk “penyatuan ummah”, dengan mempelawa parti lain termasuk Warisan, Pejuang dan Muda untuk bergabung.

Dalam catatan di Facebook semalam, Annuar menyarankan pembentukan gabungan besar membabitkan 12 atau lebih parti “sealiran” kerana “penyatuan ummah” tidak harus terbatas kepada 3 parti Melayu-Bumiputera, iaitu Umno, PAS, dan PPBM. FMT

Muhyiddin sambil berdoa tekan orang, kata Mahathir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker