Covid-19 : 1210 kes baru hari ini dengan 5 kematian
Sebanyak 1,210 kes Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 1,018 kes sembuh.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif setakat ini berjumlah 49,730 dengan kes aktif 13,806.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 5 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 318 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Status terkini COVID-19 setakat 17 November 2020
Jumlah discaj baru: 1018 kes
Jumlah kumulatif discaj: 36624 kes (73.6%)
Jumlah kes baru: 1210 kes
Jumlah kumulatif: 49730 kes
Jumlah kes aktif: 13806 kes
Kes tempatan: 1191 kes
Kes import: 19 kes (5 WN, 14 BWN)
Jumlah kematian: 5 kes
Jumlah kumulatif kematian: 318 kes (0.64%)
Jumlah kes di ICU: 105 kes
Pesakit intubated: 40 kes
Berita lanjut menyusul
You must be logged in to post a comment.