“I’m Born To Protect You, Stay Strong With Me” – Ryzal ‘DurianKimchi’ Buat Laporan Polis Selepas Dikecam Di Media Sosial

Share

“I’m Born To Protect You, Stay Strong With Me” – Ryzal ‘DurianKimchi’ Buat Laporan Polis Selepas Dikecam Di Media Sosial

Instafamous Ryzal Ibrahim menitipkan kata-kata semangat buat isterinya Maryam Yu Nae selepas wanita tersebut meluahkan rasa sedih dikecam netizen ketika membuat live di Facebook.Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim di laman sosial FB dan Instagram (IG)nya meminta agar Maryam tidak risau serta terus kuat.

“I’m born to protect you, stay strong with me (saya dilahirkan untuk melindungi awak, terus kuat bersama saya),” tulis Ryzal.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut memberikan kata-kata semangat dan meminta pasangan yang terkenal dengan gelaran ‘duriankimchi’ itu mengabaikan komen negatif netizen.

Sementara itu menerusi tinjauan Gempak di IG Maryam, wanita berasal dari Korea Selatan itu turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang meberikan sokongan buat dirinya.

“Terima kasih kepada yang suka tengok Maryam,” katanya.

Terdahulu, portal Mstar Online melaporkan Ryzal dan Maryam membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang pada Jumaat lalu.

Laporan dibuat terhadap seorang warganet yang mengeluarkan komen berbaur negatif dan mengeji ketika sedang bersiaran secara langsung di FB pada 10 November lalu.

Susulan laporan polis tersebut Ryzal memohon warganet menjaga tutur kata di media sosial supaya tidak menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang lain.

Ryzal juga sudah berbincang dan mendapatkan nasihat guaman dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut atau yang lain sekiranya keadaan memudaratkan.

Katanya disebabkan komen tersebut, Maryam sangat terkesan dan kelihatan sangat sedih sehingga tidak mahu makan dan bercakap selama beberapa jam.

Tambah Ryzal lagi, dia bimbang Maryam mengalami kemurungan dan masalah depresi isteri kesayangan isterinya itu berulang-GEMPAK

Viral: Pasangan DurianKimchi Curi Perhatian Lagi! Comel Sangat dan Memang Lawak…[ VIDEO ]

Leave a Reply