Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong

Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menutup Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) semasa memerintah.

Beliau berkata, penutupan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) itu menyebabkan pihaknya menghadapi pelbagai kesukaran termasuk mendakwa syarikat perkhidmatan penghantaran apabila melakukan kesalahan.

“Soalan ini lebih baik tuju kepada kerajaan terdahulu (PH). Tiga hari dia menang sudah tutup SPAD. Banyak isu yang tak selesai masalah, saya kena menanggung dosa yang mereka lakukan.

“Saya cakap terus terang, sampai hari ini saya nak jaga kakitangan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pun saya terpaksa cari satu kaedah.

“Baru-baru ini kita dapat kontrak lima tahun bagi APAD,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong memberi jaminan, walaupun kuasa yang diberikan kepada APAD ketika ini tidak sama seperti SPAD sebelum ini, namun nasib perkhidmatan p-hailing akan tetap terbela. “Masa dibubarkan (SPAD), tiada hala tuju dan itu yang jadi kita kini kelam-kabut. Tapi tak ada, kita akur, APAD sekarang di bawah Ketua Pengarah JPJ dan kita kena cari kaedah terbaik.

“Walaupun tidak dipulihkan macam SPAD dulu, kuasa berpusat tapi apa juga kuasa yang ada dalam undang-undang itu kita akan gunakan terutamanya mengawal selia industri P-Hailing,” katanya lagi. MG

Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker