Viral: Pasangan DurianKimchi Curi Perhatian Lagi! Comel Sangat dan Memang Lawak…[ VIDEO ]

Sebelum ini pasangan suami isteri yang memiliki saluran Youtube mereka sendiri bernama DurianKimchi TV pernah menjadi perhatian ramai. Pasangan ini cukup unik kerana si suami bernama Ryzal, berasal dari Kelantan dan si isteri, Maryam adalah orang Korea.

Kedua-duanya memiliki personaliti menghiburkan dan sering mengusik antara satu sama lain. Malah gelagat Maryam yang kadang-kadang ‘masuk air’ memang boleh bikin berdekah! Pasangan DurianKimchi ini pernah mencuri perhatian ramai dengan beberapa petikan video dari youtube mereka menjadi tular di sosial media.

Terbaharu satu video di Tiktok mereka pula menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan Ryzal dan Maryam melakonkan semula dan miming satu video dari suara kanak-kanak. Umum sedia tahu Maryam pandai bertutur dalam bahasa Melayu biarpun agak pelat. Namun usahanya untuk belajar memang dipuji.

Jom layan dulu karenah pasangan DurianKimchi dalam video di bawah ini:

 

Video miming mereka ini telah meraih 1.9 juta tontonan dan 174 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Orang Korea cakap utara lawak oiii hahaha”

Pasangan DurianKimchi 3

“Berulang-ulang aku tengok sumpah tergelak..Semoga bahagia selalu”

Pasangan DurianKimchi 2

“Masalahnya sekarang, sound budak tu jerit sama pulak timing dia jerit dengan muka dia semua accurate”

Pasangan DurianKimchi 1

Kredit: Himpunan Cerita Lawak

Man Raja Lawak sediakan RM50,000 untuk bantu rakyat Malaysia yang susah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker