Awas, ribut Vamco – MetMalaysia

Share

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).

“Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j,” katanya.

Leave a Reply