29 juta penonton Liga Malaysia

Kuala Lumpur: Walaupun industri bola sepak negara boleh dikatakan agak suram pada musim ini terutama selepas pembatalan Piala Malaysia namun sebenarnya sukan terbabit tetap ada aura tersendiri apabila merekodkan 29 juta penonton menerusi platform YouTube.

Jumlah yang boleh dikatakan agak tinggi itu tidak termasuk perlawanan membabitkan pusingan pertama Piala Malaysia yang berjaya mencatatkan rekod penonton sebanyak 6.6 juta dengan hanya tujuh perlawanan dipertandingkan

Selain itu, setakat ini, rekod paling tinggi membabitkan perlawanan Liga Super adalah ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim iaitu 1.38 juta penonton manakala saingan Liga Perdana pula menyaksikan pertembungan UKM FC menentang Kelantan berjaya mencatatkan 35,000 penonton.

Sementara itu, pusingan pertama Piala Malaysia pula menyaksikan perlawanan Kedah menentang Pahang yang berkesudahan skuad Helang Merah berjaya menundukkan Tok Gajah 3-2 berjaya meraih tontonan paling tinggi setakat ini iaitu 2.2 juta penonton.

Anugerah Bintang Popular BH: Trofi Pemenang? Ambil sendiri

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, jumlah tontonan luar biasa banyak disumbangkan oleh orang ramai yang tidak boleh hadir ke stadium.

Beliau berkata, situasi terbabit membuktikan industri bola sepak negara tidaklah sendu malah semakin rancak dengan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pasukan masing-masing beraksi.

“Sudah tentu perlawanan Liga M terutama membabitkan pasukan tertentu mendapat sambutan hangat daripada penonton sekali gus membantu meningkatkan jumlah tontonan menerusi platform atas talian.

“Walaupun, penyokong bola sepak tanah air tidak boleh ke stadium, namun masih masih mencari platform yang ada untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tempatan.

https://mykmu.net/2018/02/11/apa-kata-dunia-selangor-tanpa-shah-alam/

“Selain itu, jumlah penonton yang ramai ini juga memberi kesan positif kepada penaja MFL yang mana jenama mereka dapat dipertontonkan kepada umum begitu ramai melalui platform digital, dan sudah tentu dari segi pulangan mereka bertambah walaupun penonton tidak dapat ke stadium disebabkan Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata, perlawanan membabitkan pasukan Liga Perdana turut mendapat sambutan menggalakkan terutama membabitkan lima pasukan teratas.

“Jika ada pihak mengatakan industri bola sepak kita kurang mendapat sambutan adalah tidak benar kerana pasukan yang tidak popular pun turut mencatatkan jumlah tontonan mencecah ratusan ribu,” katanya.

‘Ingatkan penonton tak perasan’ – Gigi penyampai berita tercabut ketika siaran langsung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker