21 rumah rosak dilanda ribut

Gambar Hiasan

Seremban: Sebanyak 21 rumah di Kampung Kayu Ara, Mambau di sini, mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Fazlisyah Muslim berkata, kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan APM turut membantu mengalihkan beberapa pokok tumbang di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

https://mykmu.net/2017/10/22/dr-mahathir-punca-segala-kerosakan-hadi/

Menurutnya, penilaian kerosakan sedang dilakukan pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan esok.

Katanya, tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing.

Sementara itu, seorang penduduk terjejas, Sabariah Abdul Aziz, 64, berkata, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga sedang menikmati minum petang di luar rumah.

“Tiba-tiba lihat atap zink diterbangkan dan hujan turun dengan lebat serta angin kuat seperti puting beliung, kami sekeluarga lari ke dalam rumah,” katanya.

Katanya, sebatang pokok menghempap bahagian dapur rumahnya dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 minit itu.

Dua maut tersepit nahas dua kenderaan – Al-Fatihah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker