[VIDEO] Tengah Syok Makan, Sekali Bini Baik Punya Cilok Kulit Ayam tu Tapi Lain Pula Yang Jadi… Memang Lawak 😂😂

Share

Sebut saja kulit ayam, pasti ramai yang terliur dengan kesedapannya dan tiba-tiba rasa lapar bukan?

Image from Malaysianews TV

Image via Malaysianews TV

Tapi awas, silap hari bulan boleh buat gaduh hanya sebeb berebut kulit ayam. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kulit ayam yang adalah bahagian yang paling digemari ramai. Nak-nak lagi kalau dimakan panas-panas dan rangup. Fuh nikmat betul!

Tidak terkecuali dengan satu posting ini yang tular di laman aplikasi TikTok dimana seorang lelaki Indonesia telah memuat naik videonya dengan kapsyen ‘kulit ayamku’.

Dalam video tersebut, kelihatan dia sedang menikmati sepinggan nasi putih bersama seketul ayam goreng dan ditemani isterinya.

Tetapi, belum sempat dia makan ayam goreng itu, isterinya mengambil semua kulit ayam dan terus makan.

Lihat video penuh di bawah:

 

Mula-mula senyum ingatkan tak kisah, rupa-rupanya…

Video itu dirakam oleh isterinya bertujuan untuk menguji sama ada suaminya marah atau tidak apabila kulit ayam itu diambil.

Pada awalnya, lelaki itu hanya tersenyum seperti tidak kisah dengan kulit ayam tersebut. Tetapi, tindakannya di akhir video mencetuskan dekah ramai 🤣🤣🤣🤣 .

Sebaik saja lelaki itu berlalu pergi, isterinya pelik dan apabila dia tengok rupa-rupanya suaminya sedang menangis di dalam bilik air sambil menggigit tangannya akibat sedih tidak dapat makan kulit ayam.

 

“Ingat suami dia ambik ayam lain kat dapur” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat hampir 3 juta tontonan dan 266,000 tanda suka di TikTok, rata-rata netizen terhibur dan gelak sakan apabila melihat lelaki itu siap menangis bawah shower.

Video itu juga tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna memuat naik ciapan dengan kapsyen ‘janganlah kita amik kulit ayam orang’ dan telah menarik perhatian netizen. Ramai yang tidak sangka dengan ending video tersebut dan tak tahan gelak melihat reaksi lelaki itu.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok dan Twitter:

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

Image from @yintans (Twitter)

Image via @yintans (Twitter)

 

Pasal kulit ayam pun boleh menangis tau. Tak tahulah nak kesian ke nak gelak 😀

Kredit: Seismik

Nak kulit cantik dan halus, lakukan ini segera

Leave a Reply