Dana KWSP harta rakyat, bukan rizab negara

PASIR GUDANG – Dana persaraan dalam tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan harta peribadi rakyat dan bukan rizab negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, rakyat mempunyai hak ke atas wang yang dicarum dan perkara tersebut turut dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang yang mengawal selia operasi KWSP tidak boleh mengatasi undang-undang dan dasar negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 13 menjamin hak rakyat terhadap harta dan wang mereka.

Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira

“Kerajaan Malaysia patut membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan akaun satu mereka sehingga RM10,000 sekali gus.

“Benarkan mereka keluarkan duit tabungan mereka setakat RM10,000 sahaja sekali gus. Mereka boleh memulakan ikhtiar baharu untuk meneruskan hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.

Akta 342: KKM cadang naikkan kompaun ke RM10,000

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan.

Bagaimanapun beberapa pihak meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang simpanan daripada Akaun Satu oleh pencarum KWSP sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 secara sekali gus.

Hassan berkata, jika tidak setuju maka kerajaan perlu memberi bantuan RM1,000 setiap bulan kepada semua pekerja warganegara yang hilang pekerjaan kerana koronavirus (Covid-19) sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

Bakar kucing: Ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker