‘Tak Makan Nasi Selama Seminggu, Saya Nak Jual TV Dengan Harga RM100..’

 

Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang memikul pasangan suami isteri ini apabila mereka terpaksa menjual televisyen semata-mata untuk membeli barangan keperluan dapur.

Lebih menyayat hati apabila mengetahui mereka pernah tidak makan nasi hampir seminggu kerana kesempitan wang.



 

Hilang kerja, isteri OKU

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Mohd Nasir Din dan isterinya, Suhaida Mohd Ghazali menetap di kediaman mereka yang terletak di Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah.

Namun, siapa sangka Nasir telah hilang pekerjaan di bengkel sejak dua bulan yang lalu selepas pergelangan tangan kirinya patah ketika memasang bumbung sebuah rumah.



Isteri saya merupakan orang kurang upaya (OKU), mempunyai masalah pertuturan. Dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

Kami pernah tidak makan nasi kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai duit untuk membeli beras dan terpaksa tunggu isteri saya yang bekerja kilang mendapat gaji hujung bulan.

Jual TV harga rm100

Sekadar gambar hiasan



Bercerita dengan lebih lanjut, Nasir mengakui mereka mengalami masalah kewangan dan disebabkan itu dia bernekad untuk menjual televisyen jenama Sharp yang berukuran 29 inci itu. Difahamkan, televisyen tersebut bukanlah dibeli sendiri oleh Nasir sebaliknya merupakan pemberian kakaknya.

Saya nak jual televisyen ini, harganya hanya RM100. Duit itu nanti bolehlah saya beli barangan keperluan dapur.

Menurut sumber, untuk menambah duit lebih menampung keperluan harian, Nasir telah mengambil inisiatif untuk menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan kerja isterinya. Nasir mengakui memerlukan wang untuk memasang besi pada pergelangan tangannya.

Sekiranya ingin menghulur sebarang bantuan boleh menghubungi mereka di talian 010-8018540.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker