Kenapa ini terjadi? Tak kan umur baru 4 tahun yang setahun jagung itu dah bernafsu?

Bukan atas dorongan nafsu

Sebenarnya yang mendorong kanak-kanak seusia ini untuk berkelakuan demikian bukanlah atas dorongan nafsu, tetapi ianya lebih kepada meniru apa yang mereka pernah tengok.

Menurut perkongsian dari Akhi Fairuz, seorang Master Trainer di MFA Smart Training & Consultancy atau lebih dikenali dengan gelaran Tukang Ceramah Budak Sekolah yang berpengalaman mengendalikan program bersama pelajar, mahasiswa dan ibu bapa ini, beliau ada menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun ini umpama span dan mudah terpengaruh apa yang dilihat dan didengarnya.

Mereka akan ‘serap’ apa sahaja yang ditengok, didengar, ditonton. Lalu, mereka akan tiru dan anggap ia hanya satu permainan.

Organ seksual adalah otak bukan kemaluan!

4 punca kenapa kanak-kanak berkenaan jadi begitu adalah sebab pernah tengok video lucah, pernah tengok mak bapak berjimak depan mata, ada orang ajar atau/dan pernah kena cabul

Menurut beliau lagi, jika mereka ni terdedah dengan salah satu sahaja penyebab di atas, rosaklah kognitif/intelek (akal) anak berkenaan, hingga mendorong fizikalnya untuk berkelakuan seks.

Sebab itu organ seksual paling penting dalam tubuh badan manusia ni otak, bukan kemaluan! Rosak otak, rosaklah perlakuan anak.Bayangkan otak kanak-kanak yang cepat menyerap itu telah terdedah dengan porn?

Bayangkan pula kalau kena cabul dan jadi mangsa sex grooming?Bayangkan pula kalau abangnya sendiri yang ajar? Anak pengasuh ajar?

Tidur sebilik dengan mak ayah

Tambahnya lagi, itu belum lagi kes tidur sebilik dengan mak ayah, dan mak bapak ni dok bersetubuh depan anak?

Anak aku kecil lagi, mana depa faham. Anak aku dah tidur, takkanlah dia nampak. Innalillahi Wainna Ilahi Rajiuun.

Ajar anak bahagian tak boleh disentuh

Ajarlah anak dari kecil mengenali private part yang tak boleh disentuh, dipegang, diraba, diramas, dicium. ‘

Mulut, dada, kemaluan, paha dan punggung. Bukan sahaja 5 private part itu, anak juga perlu diajar mengenali sentuhan tak selesa walau sentuhan itu tak menyentuh private part.

Jika sentuhan tak selamat atau sentuhan tak selesa berlaku, ajar anak untuk JERIT, LARI dan MENGADU. Ini asas.

Tambah beliau lagi, anak lelaki ni dari bayi lagi dah berlaku ereksi pada kemaluan dia iaitu menegang. Namun, dalam kes yang dikongsikan page Baitus Solehah berkenaan, bukanlah bermakna hubungan seksual yang dilakukan kanak-kanak berusia 5 dan 4 tahun itu sampai keluar air mani.

Sperma pun belum ada lagi. Testis belum function lagi. Ovari kanak-kanak perempuan tu pun belum boleh produce ovum. Namun perlakuan seksual itu tetap berlaku orgasm (syahwat/klimaks).

Kesiankanlah anak-anak kita. Mereka ada hak untuk jadi kanak-kanak yang normal, bukan kanak-kanak yang begini.Kalau anak jadi begini disebabkan kecuaian ibu bapa, maka mak ayah inilah yang patut didakwa di mahkamah!

https://mykmu.net/2020/07/02/elak-kemaluan-melakukan-perkara-haram/

Anak ibarat kain putih

Mohon ibu bapa di luar sana dapat jadikan kisah ini sebagai pengajaran, jangan sampai anak kita ketagih seks, buat pada kawannya yang lain, ajar orang lain pula dan lain-lain maksiat.

Mereka wajib diselamatkan!Kalau kes macam ni, wajib rujuk psikologis atau psikiatris. Kalau report polis pun, bukan salah budak-budak ni. Mereka masih kecil tiada akal untuk berfikir.

Anak ni ibarat kain putih. Kitalah yang corakkan mereka.

Kredit: Bawang Rangers

Ibu Terkejut Anak Lelaki Darjah 6 Terima Surat Ajak ‘Main’