Papagomo mahu berentap dengan Rafizi pada PRU-15

EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris berhasrat untuk ‘berentap’ dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo menawarkan diri untuk menjadi calon selepas terdapat khabar angin bahawa Rafizi akan bertanding pada PRU-15.

“Aku dengar Rafizi Ramli akan comeback pada PRU15 akan datang. Dia bakal bertanding kerana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim perlukannya untuk kempen PKR.

“Aku harap jika diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti untuk berhadapan dengan Rafizi Ramli.



“Rafizi Ramli tekad jatuhkan Papagomo, PRU-15 biar pengundi buat keputusan. Psssttt…. Formula apa PRU-15 nak buat modal?” kata Wan Muhammad Azri. SM

Papagomo tidak sampai 24 jam ambil tindakan, harap Guan Eng juga sama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker