Skandal Seks: Video Porno Mirip Dirinya Tersebar, Penyanyi Gisella Anastasia Akan Disiasat Polis
Sejak minggu lalu dunia hiburan Indonesia digegarkan dengan potongan video seorang wanita yang dikatakan mirip penyanyi Gisella Anastasia sedang berasmara bersama seorang lelaki.Potongan video yang berdurasi 19 saat itu disebarkan oleh dua akaun di Twitter.Sebaik video tersebut tersebar, banyak netizen yang tidak menolak jika wanita yang berada di ranjang dengan lelaki itu tak ubah seperti penyanyi Gisella atau Gisel.
Selain mempunyai raut wajah yang sama, netizen mula mencari bukti lain untuk mengaitkan video porno itu sah milik Gisel.Lalu ada netizen yang mendakwa lokasi kejadian asmara itu sama dengan bilik yang sering Gisel tunjuk dalam kebanyakan aksi dia bermain Tik Tok dengan anaknya, Gempi.
Susulan kecohnya isu ini di Indonesia, polis pun mula menyiasat identiti penyebar video porno tersebut sebelum berjaya menahan dua orang pengguna Twitter yang mengaku menyebarkannya pada malam Jumaat lalu.
“Dan oleh kerana kedua duanya menyebut bahawa si pelaku atau perempuan di dalam video porno itu sebagai Gisel, maka pihak polis akan memanggil Gisel untuk siasatan lanjut pada minggu depan,” kata wakil pihak polis, Yusri Yunus seperti yang dipetik dari GempakId.
Sementara itu, wanita berusia 29 tahun itu juga telah menafikan dirinya sebagai wanita yang ada di dalam video porno tersebut.
“Kalau dilihat kulitnya lebih mulus, tidak seperti kepunyaan saya,” katanya.
Pemuzik yang dikaitkan dengannya juga telah menafikan dakwaan dirinya yang sedang berasmara dengan Gisel.
Demi anak dan keluarganya, Adhietya Mukti juga memberi penjelasan beberapa bentuk dan fizikal lelaki di dalam video tersebut tidak sama dengannya.
Ini merupakan kali kedua Gisel yang sedang bercinta dengan pemain bola keranjang Indonesia, Wijin, dikaitkan dengan penularan video porno.-GEMPAK
Kredit Foto: Wowkeren