Selepas Kena Serbu dengan KPDNHEP, Ini penjelasan Kopitiam Terkenal Dakwaan Jual Mee Kari Babi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mee kari, tempohari.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mee kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.



“Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

“Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

“Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.



Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

“Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

“Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

“Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.



“Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.



 

“Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotlne 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

“Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata keenterian “Pantas, Cekap dan Efektif,” katanya.

Pihak OldTown tampil jelaskan



 

OLDTOWN White Coffee menolak semua khabar angin atau dkwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan OLDTOWN White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010.

Sila rujuk kenyataan oleh pihak JAKIM untuk penjelasan yang mengesahkan bahawa dkwaan tersebut adalah tidak benar. Untuk maklumat lanjut mengenai pensijilan halal cawangan-cawangan kami, sila rujuk Portal Rasmi Halal Malaysia.



Kami menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu. Terima kasih.

Jakim turut keluar kenyataan

 

Hukvm Islam Tidak Sengaja Makan Babi

Dalam agama Islam, ada beberapa jenis makanan dan juga minuman yang diharamkan dan ini mengartikan jika mengkonsumsi beberapa jenis makanan dan minuman haram tersebut merupakan dosa. Namun, saat membeli makanan atau minuman, seringkali kita tidak mengetahui apakah masakan yang dimasak tersebut terdapat unsur haram atau tidak seperti contohnya mengandung daging babi pada penggorengan, piring, alat makan yang lain bahkan mengandung daging haram. Untuk menjawab tentang apa dasar hvkum Islam mengenai perihal tidak sengaja makan babi, berikut ini kami punya ulasan selengkapnya untuk anda.

Allah SWT selalu memaafkan kes4lahan yang dilakukan karena tidak sengaja, jahil ataupun lupa sebab Allah SWT Maha Bijaksana dan disucikan dari kezaliman. Diantara sekian banyak kebijakan yang sudah diberikan Allah, salah satunya adalah tidak memberikan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan karena tidak sengaja, tidak tahun atau pun lupa tersebut.

Allah SWT berfirman, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat si-ksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Orang-orang beriman berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah”. [QS. Al Baqarah: 286].

Selain itu, doa dari orang yang beriman juga sudah dijawab oleh Allah SWT seperti yang ada dalam riwayat Imam Muslim dalam shalihnya, ”

“Allah menurunkan ayat ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Orang-orang beriman berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah’, lalu Allah berfirman: ‘telah aku kabulkan‘” [HR. Muslim no. 126].

Selain itu, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda, ““Sesungguhnya Allah telah memaafkan ummatku yang berbuat salah karena tidak sengaja, atau karena lupa, atau karena dipaksa” [HR Ibnu Majah, 1675, Al Baihaqi, 7/356, Ibnu Hazm dalam Al Muhalla, 4/4, di shahihkan Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah].

Dari penjelasan diatas dibuktikan jika melakukan perbuatan akibat makan makanan haram namun dilakukan karena ketidaktahuan, murni tidak disengaja atau murni karena lupa, maka tidak dihitung sebagai dosa di mata Allah SWT. Oleh karena itu, maka seseorang yang melakukan perbuatan ini tidak dituntut untuk bertau-bat sebab tuntutan bertaubat hanyauntuk yang berhubungan dengan d0sa saja.

Sumber: AS | OM

Kredit: TrendingSangat

Restoran disyaki sediakan mi kari daging babi diserbu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker