Mukhriz Pertahan Mahathir, “Tun Menyatakan Perkara Yang Benar”

Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir mempertahankan bapanya Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata Dr Mahathir cuma mengulang apa yang beliau tulis pada buku memoirnya.

“Saya ingat Tun (Dr Mahathir) menyatakan perkara yang benar, dia menceritakan mengenai tahun 1998 bila kita alami krisis kewangan, masa dia ambil cuti … dia serah kepada Datuk Sri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, untuk ganti sebagai pemangku jawatan Perdana Menteri.



“Mungkin dilihat cara (Anwar) menguruskan kewangan negara dengan menerima sebulatnya-bulatnya syor daripada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) ketika itu, tidak sesuai dengan keadaan, itu yang (Dr Mahathir) sebut dalam buku Doktor Umum… itu (juga) disebut dalam interviu baru-baru ini,” kata Mukhirz, lapor Astro Awani.

Memoir bekas perdana menteri berjudul Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, terbit pada tahun 2012, ketika beliau masih dalam Umno.

Mahathir dan Anwar berdamai sebentar pada 2016 untuk menjatuhkan musuh bersama mereka – perdana menteri ketika itu dan presiden Umno Najib Razak yang terpalit skandal 1MDB.

Perdamaian mereka menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018.



Anwar telah diberi peluang, bila negara di saat krisis, Anwar gagal mentadbirnya – Mahathir

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri yang baru dengan syarat beliau akhirnya akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Bagaimanapun, pentadbiran PH runtuh pada akhir Februari. Kemudian didedahkan bahawa walaupun Mahathir secara terbuka berkata beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, beliau tidak pernah berhasrat mengumpulkan sokongan yang diperlukan untuk presiden PKR itu.



Selepas kerajaan PH jatuh, gabungan itu telah berusaha untuk menyatukan pembangkang tetapi hubungan dingin antara Mahathir dan Anwar menjadi hadangan dan masing-masing tidak mahu salah seorang daripada mereka memimpin pembangkang.

Mahathir – Pengidap Sakit Kronik ‘Anwar-o-fobia’

Hubungan itu semakin renggang setelah Mahathir dalam wawancara mendakwa Anwar tidak mampu memimpin negara ketika dalam krisis.



Mahathir dalam memoirnya mengkritik kesediaan Anwar untuk menerima nasihat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengatasi krisis ekonomi pada tahun 1997.

Dalam memoirnya, beliau juga mempertahankan tuduhan liwat terhadap Anwar yang dijadikan alasan untuk memecatnya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998. Anwar kemudiannya dipenjara.

Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri keempat dari 1981 ke 2003 dan perdana menteri ketujuh dari Mei 2018 sehingga Februari tahun ini.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker