Keputusan berat untuk ditelan – Tunku Ismail

Share

JOHOR BAHRU: Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan keputusan tidak membenarkan pasukan itu menyerrai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Doha, Qatar bermula 18 November hingga 13 Disember begitu berat untuk ditelan.

Tunku Ismail dalam kenyaataan rasmi di laman rasmi Johor Southern Tigers juga menegaskan tindakan membatalkan saingan suku akhir Piala Malaysia dianggap keputusan yang berat untuk diterima.

Bagaimanapun Tunku Ismail memlihi untuk tidak mahu mengambil risiko ketika Malaysia dan negara di seluruh dunia masih lagi berdepan pandemik COVID-19.

“Saya yakin kerajaan telah melakukannya yang terbaik demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit.

Safawi bawa impian besar ke Portugal

“ini kerana kes-kes COVID-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman COVID-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom,” kata Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

Baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, mengesahkan JDT tidak dibenarkan untuk menyertai saingan ACL malah beliau juga memaklumkan kepada kelab berkenaan berhubung larang itu.

Situasi itu mengundang persoalan apabila juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu mungkin berhadapan tindakan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Safawi sebak jumpa TMJ [ VIDEO ]

Berdasarkan perkara 6.2 peraturan kejohanan AFC, mana-mana pasukan yang menarik diri selepas peringkat kumpulan kejohanan bermula boleh didenda sehingga AS$50,000 (RM206,400) dan penggantungan sebanyak dua edisi.

Namun difahamkan Setausaha Agong Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam akan mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Agong AFC, Datuk Windsor John Paul berkenaan denda yang bakal dikenakkan terhadap JDT.

Tunku Ismail juga bersetuju dengan pandangan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berhubung keputusan kerajaan itu.

“Alistair sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja. Tapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara,” kata Tunku Ismail.

Keluar Bersatu, untungkan UMNO

Leave a Reply