‘Jangan jolok’ – Nadia

Nadia Brian

Nadia Brian memberi amaran kepada orang luar yang suka menabur fitnah berhubung isu rumah tangganya. – Foto IG Nadia Brian

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian, 29, memberi amaran kepada netizen suka menabur fitnah berkaitan isu rumah tangganya berhenti berbuat demikian.

Jika tidak, pelakon filem Ratu Kala Jengking itu tidak akan teragak-agak melayangkan surat saman kepada mereka. Amaran dibuat menerusi Instagram (IG) Story miliknya, kelmarin.



Nadia berkata, dia terpaksa mengambil tindakan tegas sekiranya fitnah dilemparkan semakin menjadi-jadi.

Pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata tindakannya yang lebih suka mendiamkan diri apabila difitnah menyebabkan ‘kepalanya’ dipijak.

Katanya, dia tidak mampu bersabar kerana ia memberi kesan psikologi bukan sahaja kepada dirinya, malah ahli keluarga terkait sama.

Tiada komen, bagi saya ‘cool down’ dulu – Bung Moktar



“Sejujurnya, saya menerima terlalu banyak kecaman menerusi mesej langsung, aplikasi WhatsApp dan artikel yang memfitnah saya tanpa usul periksa. Semakin saya diam, makin menjadi-jadi pula fitnah yang dilemparkan.

“Bagi saya, orang luar tidak berhak mencampuri urusan rumah tangga atau peribadi orang lain. Saya tiada masalah menerimanya sekiranya sekadar memberikan nasihat. Tetapi, apabila apa yang diperkatakan boleh menimbulkan fitnah, saya tidak boleh maafkan. Jika keterlaluan, tunggu surat saman.

“Saya tak mampu berdiam diri kerana fitnah yang dilemparkan memberi kesan kepada psikologi saya dan keluarga. Saya simpati dengan keluarga apabila mereka diheret dalam permasalahan saya. Hormatilah ibu bapa, nenek dan adik-beradik saya. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan, terutama ibu yang kini sedang melanjutkan pelajaran. Bagaimana ibu nak berdepan dengan rakannya apabila timbul fitnah tidak berasas,” katanya kepada BH Online.



 

Keretakan rumah tangga Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin mula tersebar sejak beberapa bulan lalu atas tuduhan curang. - Foto IG Muizz Nasruddin
Keretakan rumah tangga Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin mula tersebar sejak beberapa bulan lalu atas tuduhan curang. – Foto IG Muizz Nasruddin

 

Nadia berkata, lebih membuatkannya geram apabila netizen bertindak seperti sudah lama mengenalinya dan sesuka hati melemparkan kecaman.

“Mungkin tiada siapa mahu mengambil tahu hal peribadi saya jika bukan artis. Sekarang ramai yang sibuk ingin masuk campur dan seolah-olah tahu apa yang berlaku pada rumah tangga saya dengan suami, Muizz Nasruddin.



“Paling saya geram, ada yang baru dua tiga kali berjumpa saya tetapi ‘acah-acah’ sudah lama mengenali dan memfitnah tanpa tahu hujung pangkal. Walaupun fitnah yang dilemparkan tidak langsung menyebut nama, tetapi saya tahu orang yang dimaksudkan adalah saya.

SilTerra – Habuan Komisen Jual Aset Negara Masuk ke Poket Siapa?

“Jika sesiapa mahu menuduh saya curang, terpulanglah kepada hak mereka. Tetapi, saya percaya selagi mahkamah tidak tentukan betul atau tidak, ia hanya spekulasi semata-mata. Kita ada undang-undang, jadi janganlah bersikap melampau. Jangan dijolok sarang tebuan, tak pasal-pasal dapat surat saman,” katanya.



Berita keretakan rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz dihidu berantakan, sejak beberapa bulan lalu. Oktober lalu, Muizz membuat pendedahan mereka sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung. Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November, tahun lalu namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker