Bukan ‘jaguh kampung’, tauke dari Semenyih ini buka ladang durian terbesar di Australia

DARWIN: Ladang durian terbesar di Australia kini sibuk menuai hasil tahun ini, dan bagi pemilik ladang, Han Shiong Siah, musim ini akan menjadi musim yang baik bagi mereka.

“Sekiranya anda dapat menghidu bau durian dari pintu depan, itu petanda baik,” katanya kepada portal ABC Rural.

“Kami akan mengutip buah yang gugur setiap pagi, baunya harum dan siap untuk dijual,” kata Han.


Kumpulan pertama durian musim ini dihantar ke pasar di Sydney dan Melbourne, dan buat pertama kali tahun ini, durian turut dihantar untuk dijual di Perth.

Pengurus penjualan buah tropika dan eksotik untuk Mercer Mooney di Perth, Cameron Perna itu menyifatkan ‘kehadiran’ durian di situ adalah satu perkara penting dalam kalendar mereka.

“Awalnya kami agak risau, kami menerima 800 kilogram durian, tetapi bagaimana pula sambutannya?

“Tetapi kami hanya memerlukan tiga hari untuk menjualnya. Kesemuanya habis dijual dan ia sangat hebat,” kata Mooney.

Berasal dari Semenyih, Keluarga Han sudah mengusahakan ladang durian di Darwin lebih 30 tahun lalu.


Tahun ini, mereka akan menuai hasil tanaman terbesar yang dianggarkan kira-kira 40 tan buah durian.

Shiong Siah mengakui media sosial memainkan peranan besar dalam memasarkan buah tersebut.

Kata Han, permintaan paling tinggi adalah dalam komuniti Asia Tenggara, tetapi berharap rakyat Australia akan terbuka hati untuk merasa keunikan Raja Buah itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker