10 Kegunaan Lain Coca-Cola Yang Kamu Tak Pernah Terfikir Pun

Tahukah menurut penulisan ilmiah, minuman soda popular Coca-Cola sepatutnya tidak dikonsum oleh manusia.

Disebabkan ia turut berfungsi sebagai agen pembersihan, bayangkanlah apa yang akan jadi bila ia berada dalam perut manusia? Sifatnya disamakan dengan asid bateri kereta yang boleh menghakis sistem dalam badan manusia jika diambil secara selalu mahupun dalam kuantiti yang banyak.

Untuk pengetahuan kamu semua, ini kegunaan unik Coca-Cola selain sebagai minuman ringan yang enak kegemaran ramai.

Lembutkan Daging


Percaya atau tidak, jika kamu merendam daging beberapa ketika di dalam Coca-Cola, ia mampu melembutkan tekstur daging yang liat. Tak percaya cuba!

Hapuskan Karat Besi

Bila paku dan skru lama sudah berkarat, boleh cuba rendamkan kain dalam Coca-Cola sebelum memerah lebihan air tersebut dan gosok ia pada bahagian besi-besi yang berkarat. Untuk memudahkan kerja, boleh juga rendam butiran besi-besi itu dalam air Coca-Cola tersebut.

Pembersih Tandas

Cecair peluntur clorox atau pencuci tandas dah habis? Boleh je guna Coca-Cola untuk bersihkan kotoran tandas degil. Tuang sahaja Coca-Cola ke bahagian kotor yang dikehendaki kemudian biar ia beberapa ketika sebelum mengepam tandas.

Boleh juga gunakan berus untuk menarik keluar kotoran yang sudah dicairkan asid fosforik Coca-Cola tadi.

Penanggal Gula-Gula Getah

Gula-gula getah melekat pada rambut dan permukaan perabot korang? Boleh tuang Coca-Cola pada bahagian yang berkenaan dan biar ia beberapa ketika. Selepas itu, pasti lebih mudah menanggalakan dan menarik keluar sisa gula-gula getah berkenaan.

Hilangkan Kesan Minyak

Susahnya nak hilangkan kesan berminyak pada pinggan-mangkuk, periuk, kuali dan mungkin lantai dapur serta alatan memasak lain.


Caranya, sila tuang Coca-Cola pada bahagian berminyak yang berkenaan dan biarkan ia beberapa ketika sebelum mencuci dengan sabun seperti biasa.

Hilangkan Kesan Darah

Menurut sumber, polis forensik ada menggunakan taktik Coca-Cola untuk membersihkan kesan darah di lokasi tempat kejadian jenayah. Bagi wanita yang sering kebocoran hingga meninggalkan kesan pada seluar dalam, boleh cuba rendam seluar dalam beberapa ketika dalam air Coca-Cola sebelum dicuci seperti biasa.

Bantu Tanaman Bunga Mekar


Tuangkan beberapa sudu Coca-Cola pada tanah pohon berbunga (terutamanya pokok Bunga Melur Cina dan Azalea) kerana ini akan bantu menyalurkan nutrien lebih buat tanaman terrsebut sekaligus mengaktif proses berbunga.

Bahan Enak Dalam Masakan

Kata orang, Coca-Cola boleh buat rasa sos BBQ jadi lagi sedap! Caranya, campurkan 1/2 camca serbuk bawang merah, 1/2 camca serbuk bawang putih, 1/2 camca lada hitam, 1/4 cawan sos stik, 1 cawan sos tomato, 1 cawan Coca-Cola dan 1 camca sos Worcestershire (pastikan halal).

Cuci Periuk/Kuali Hangus

Ramai yang terus buang periuk atau kuali yang hangus sebab memang dah tak boleh dihilangkan lagi kesan hangus, betul tak?


Jangan risau, tuang Coca-Cola ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi, reneh atas api beberapa sehingga kesan hangus semakin luntur sebelum mencucinya seperti biasa.

Legakan Kesan Bisa Gigitan Binatang

Kena sengat dengan lebah, obor-obor mahupun digigit nyamuk? Sapukan Coca-Cola pada bahagian berkenaan. Pasti berkesan untuk legakan kesakitan atau rasa tidak selesa tu.

Walaupun tak elok kalau diminum selalu, banyak rupanya kelebihan lain Coca-Cola.
Wn

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker