PKPD Medan 88: 29 penduduk serah diri untuk saringan COVID-19 – Polis

SEPANG, 15 Nov — Seramai 29 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), telah tampil menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan berkata 13 orang menyerah diri pada hari Khamis lepas, 11 menyerah diri pada hari Jumaat, tiga pada hari Sabtu, dan dua lagi tengah hari tadi.

Beliau berkata berkata daripada 29 individu berkenaan, tujuh terdiri daripada warga Indonesia, tujuh lagi adalah warga Thailand, dan masing-masing seorang adalah warga Myanmar, India dan Nepal.

Sementara itu, Wan Kamarul Azran berkata sejak pelaksanaan PKPD di kawasan itu, 324 penduduk Medan 88 sudahpun menjalani ujian calitan dan daripada jumlah itu, empat daripada mereka didapati positif COVID-19.

Khamis lepas, media melaporkan kira-kira 400 penduduk Medan 88 tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawad duri untuk pelaksanaan PKPD berkuatkuasa semalam sehingga 25 Nov ini.

— BERNAMA

Serah Diri atau Ditahan Polis, Menteri Beri Amaran Penduduk Medan 88

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker