Kongsi kemeriahan Deepavali, patuhi SOP – PM

 

Kuala Lumpur: Kerajaan berharap penganut Hindu meraikan kemeriahan perayaan Deepavali esok di rumah bersama ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berikutan pandemik Covid-19 yang kini sedang memasuki gelombang ketiga melanda negara, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Deepavali tahun ini agak berbeza.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam komuniti.

Tiada penganjuran Bazar Deepavali Klang

“Saya, isteri dan seisi keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan di mana jua anda berada. Deepavali Vaalthukkal.

“Patuhilah segala garis panduan atau SOP ditetapkan. Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas Perdana Menteri, hari ini, sempena perayaan Deepavali 2020.

Menurutnya, rakyat Malaysia bertuah kerana negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kerajaan bincang sambutan Deepavali

“Setiap kaum mempunyai budaya, tradisi dan adat resam masing-masing yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk yang aman, harmoni dan bersatu padu.

“Justeru, saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk bersama-sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud di negara kita dengan berkongsi kemeriahan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia.

“Semoga pesta cahaya Deepavali pada tahun ini akan memberikan sinar harapan kepada kita semua untuk mengharungi pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini,” katanya.

Perdana Menteri menyeru supaya semua berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cerah. HM

(VIDEO] Deepavali punya pasal, sanggup pandu lawan arus di Lebuhraya PLUS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker